Definisi wakaf

Dari segi lughah (Bahasa): berhenti, menahan, menghalang.

Dari segi Istilah: Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

"

Apabila mati anak Adam, maka terputus segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."



- Riwayat Muslim

Wakaf ASNB

Wakaf ASNB adalah platform untuk pemegang unit mewakafkan pelaburan unit amanah ASNB mereka melalui gabungan konsep pelaburan dan wakaf bagi memastikan sumbangan mereka kekal berterusan.

Dana wakaf pemegang unit akan kekal sebagai pelaburan pokok dan hanya pulangan hasil daripada pelaburan ini akan disalurkan ke projek wakaf berkepentingan negara yang dikenal pasti untuk pembangunan masyarakat dan ummah.

Kelebihan Wakaf ASNB



Pelepasan Cukai Pendapatan​

Pewakaf layak menerima potongan cukai pendapatan bagi jumlah yang diwakafkan untuk tahun tersebut, tertakluk kepada 10% daripada Pendapatan Agregat Tahunan. Tempoh kuatkuasa kelulusan daripada Menteri Kewangan bermula dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.



Dana wakaf yang berterusan

Gabungan konsep pelaburan & wakaf di mana dana yang diwakafkan kekal menjana pulangan pelaburan untuk disalurkan ke projek-projek wakaf.



Pengiktirafan sebagai mutawalli

AWSB adalah institusi pengurusan wakaf yang diiktiraf sebagai Mutawalli oleh MAIWP yang berfungsi sebagai syarikat wakaf korporat yang mengurus dan mentadbir dana wakaf secara menyeluruh bermula daripada mengumpul dana, mengurus pelaburan serta pemilihan dan menyalurkan kepada projek wakaf.



Tadbir urus telus dan informatif

Pewakaf akan menerima laporan tahunan mengandungi maklumat dana wakaf terkumpul, hasil pulangan pelaburan daripada dana wakaf dan agihan sumbangan ke projek-projek wakaf. Kesemua projek sumbangan wakaf adalah telus dan perlu melalui proses usaha wajar.



Makluman wakaf akan diteruskan kepada waris/penerima notis yang dilantik

Pewakaf boleh melantik pewaris yang akan mendapat makluman berterusan berkaitan dana wakafnya walaupun selepas pewakaf meninggal dunia.



Permohonan mudah

ASNB menyediakan saluran secara dalam talian di portal & aplikasi myASNB dan di rangkaian cawangan ASNB seluruh negara untuk permohonan Wakaf ASNB.

Kesihatan

Projek sektor kesihatan seperti pembelian peralatan hospital untuk rawatan golongan yang memerlukan serta bantuan untuk pesakit kronik kanser, jantung, buah pinggang dan lain-lain.

Pendidikan

  • Projek sektor pendidikan seperti pembelian buku, peralatan pembelajaran untuk pelajar miskin, bantuan pendidikan kepada pusat pendidikan agama dan golongan-golongan lain yang memerlukan.
  • Pusat pengajian tinggi yang mempunyai pusat wakaf untuk membantu pelajar dari segi kos pendidikan dan kelengkapan asas.

Pemerkasaan Komuniti

Sektor pemerkasaan masyarakat seperti bantuan membina rumah atau keperluan asas untuk golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, fakir miskin dan gelandangan.

Misi Kemanusiaan

Misi kemanusiaan terutamanya kepada golongan yang memerlukan seperti mangsa banjir atau bencana alam yang lain.

Back To Top